Thursday, March 29, 2012

perasaan yang tidak dapat ku bayangkan

setelah beberapa bulan berlalu, akhirnya aku kembali pulih dari segi fizikal dan mental.
kini beban itu tidak lagi seberat yang ku rasakan dahulu kala.
walau luka itu masih berdarah hingga kini namun aku sentiasa untuk mencuba mengubatinya.

Tuhan itu maha kuasa.
Dia tidak pernah meninggalkan aku walau aku terlalu banyak mengecewakan Dia.

tapi kini si dia itu datang kembali menagih simpati dan harapan.
apa yang patut aku lakukan?
untuk memberikan si dia peluang yang kedua setelah apa yang dia lakukan sangat mustahil.
mendengarkan suaranya saja telah membuatkan luka yang hampir sembuh ini berdarah lagi.

namun aku sedar setiap kali mengalirnya air mata ini, pasti ada saja yang datang untuk membuat aku tersenyum semula.
mungkin semua ini ujian dari Tuhan.
aku terima....
kerana aku layak untuk semua ini..

tapi apa2 pun..
aku kini sedang berusaha untuk memajukan diri sendiri demi masa depan ku..
lagi satu..
hehehehe~
aku ingin belajar menjadi seorang pencinta yang setia..

Amen!