Friday, March 30, 2012

Persoalan Kenapa Aku?

kenapa ah?
kenapa kau pilih aku ah?
kenapa aku ah?

aku hairan lah.
kau punya pakej yg menjadi idaman wanita-wanita di luar sana.
tapi kenapa aku ah?
aku tidak mempunyai ciri-ciri idaman lelaki pown.
tapi kenapa aku jgak yg kau pilih ah?

Wahai Lelaki!!
adakah semua ini salah satu dari eksperimen kamu lagi untuk menguji daya tahan wanita?

aku cuba untuk memahami situasi itu.
tapi kenapa mesti aku juga yg harus tanggung pedihnya hati ini?

tahukah kamu betapa sakitnya hati ini?
tahukah kamu bahwa kami berusaha sedaya upaya untuk menjadi yg terbaik?
tahukah kamu semua yg kami lakukan adalah demi untuk menambat hati kamu?
tahukah kamu apabila kami sudah benar-benar menyayangi kamu?

kenapa begini ah?
mungkin aku salah bila aku angankan yg indah-indah saja.
mungkin aku salah bila aku meletakkan semua harapan ku pada kau sorang saja.
mungkin aku salah bila aku menjanjikan bahwa aku tidak akan menangis lagi demi lelaki.

ternyata janji itu hanya tinggal janji.
aku tidak terdaya untuk menahan air mata ini daripada jatuh.
rasa sakit ini sudah tidak tertanggung lagi..

aku ingin lepaskan kau kepada orang lain.
orang lain yg aku yakin jauh lebih baik dari aku.
sebab aku tau aku tidak dapat membahagiakan kau.
sebab aku takut kau akan menyesal one day..

One thing that I can do now is PRAY!

Thursday, March 29, 2012

perasaan yang tidak dapat ku bayangkan

setelah beberapa bulan berlalu, akhirnya aku kembali pulih dari segi fizikal dan mental.
kini beban itu tidak lagi seberat yang ku rasakan dahulu kala.
walau luka itu masih berdarah hingga kini namun aku sentiasa untuk mencuba mengubatinya.

Tuhan itu maha kuasa.
Dia tidak pernah meninggalkan aku walau aku terlalu banyak mengecewakan Dia.

tapi kini si dia itu datang kembali menagih simpati dan harapan.
apa yang patut aku lakukan?
untuk memberikan si dia peluang yang kedua setelah apa yang dia lakukan sangat mustahil.
mendengarkan suaranya saja telah membuatkan luka yang hampir sembuh ini berdarah lagi.

namun aku sedar setiap kali mengalirnya air mata ini, pasti ada saja yang datang untuk membuat aku tersenyum semula.
mungkin semua ini ujian dari Tuhan.
aku terima....
kerana aku layak untuk semua ini..

tapi apa2 pun..
aku kini sedang berusaha untuk memajukan diri sendiri demi masa depan ku..
lagi satu..
hehehehe~
aku ingin belajar menjadi seorang pencinta yang setia..

Amen!